
Status BKM 2022 & Tarikh Bayaran Fasa 1
Rakyat Malaysia umumnya sudah pasti tertunggu-tunggu akan pengumuman status kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 dan bayaran BKM Fasa 1 yang bakal diterima.
Berita baik untuk anda semua kerana tarikh Bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan bermula pada bulan Mac 2022 ini.

- Untuk makluman semua, permohonan baru dan kemaskini telah ditutup pada 31 Januari 2022 yang lalu.
- BKM merupakan bantuan tunai langsung untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.
Oleh itu, kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk menyemak status serta mendapatkan maklumat berkaitan pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori anda.
Log Masuk BKM
Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.
Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
Pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
Semakan Status BKM Fasa 1
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.
Sila rujuk langkah di bawah:
- Pertama, Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini: https://bkm.hasil.gov.my.
- Kemudian Klik pada [LOG MASUK BKM].
- Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik pada [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik [Semak].
- Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
- Sila masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Semakan Status permohonan BKM 2022 juga boleh dibuat kaedah berikut:

- Semakan secara Aplikasi Mobile BKM – Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Atau Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hadir ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Maksud status pada paparan semakan status BKM 2022
Perkara | Keterangan |
Status Pedalaman | Akan dipaparkan (Y) sekiranya pemohon dikategorikan sebagai Pedalaman Status Pedalaman BKM merujuk kepada alamat yang telah didaftarkan pada permohonan dikategorikan dalam kawasan pedalaman atau tidak. Status Pedalaman “Y” bermaksud “YA”. |
Status Permohonan | Permohonan Diterima merujuk kepada Permohonan telah wujud pada BKM 2022 dan masih belum melalui proses semakan kelulusan BKM 2022 |
JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022
Kategori BKM | Fasa 1 Mac 2022 | Fasa 2 Jun 2022 | Fasa 3 September 2022 | Fasa 4 Disember 2022 |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah | / | / | / | / |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | / | / | / | / |
Bujang | / | / |
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon layak adalah seperti berikut:
Kategori | Pendapatan | 0 anak | 1-2 anak | ≥ 3 anak |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah / Ibu Bapa Tunggal (IBT) | RM2,500 dan ke bawah RM2,501 – RM5,000 | RM1,000 RM400 | RM1,500 RM600 | RM2,000 RM800 |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan ke bawah | RM600 | – | – |
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | RM350 | – | – |
Kadar tambahan isi rumah:
Kategori Bantuan | Nilai Bantuan Tambahan |
---|---|
Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak | RM500 |
Isi Rumah Warga Emas | RM300 |
tambahan sahaja

Perkara | Kaedah Bayaran |
---|---|
Ada akaun bank dan berjaya kredit | Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atauKredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat |
Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM |
Tiada akaun bank | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM |