mySalam: Semakan Status & Tuntutan Kuarantin Covid-19

Semakan Status & Tuntutan Kuarantin Covid-19 mySalam

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Makluman Terkini

Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak mulai tahun 2022.

Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Dimaklumkan juga bahawa peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat masa ini.


Diumumkan bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Tuntutan masih boleh dikemukakan di bawah manfaat tersebut sehingga 31 Disember 2021.Walaupun begitu, tuntutan bagi manfaat hospitalisasi masih diteruskan untuk mereka yang positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital.

Langkah ini diambil sejajar dengan jangkaan vaksinasi lengkap COVID-19 terhadap populasi dewasa di Malaysia dan peralihan kepada fasa endemik COVID-19 di Malaysia.

Semak Kelayakan & Manfaat mySalam 2022

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Penyakit kritikal: Tunai RM8,000
  • Hospitalisasi: RM50 sehari untuk maksimum 14 hari
  • Kuarantin COVID-19: RM50 sehari untuk maksimum 14 hari

Cara Semak Kelayakan / Pendaftaran

Rujuk kepada langkah dan rajah di bawah untuk menyemak kelayakan anda untuk Skim mySalam 2022.

  1. Lawati halaman https://www.mysalam.com.my/
  2. Pada bahagian Semak Kelayakan, isi nombor kad pengenalan anda dan tekan Semak.
  3. Status Kelayakan akan dipaparkan
Paparan Semak Kelayakan

Tuntutan COVID-19

Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.

Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.

Cara Untuk Mengemukakan Tuntutan Berkaitan COVID-19

  • Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam https://www.mysalam.com.my/
  • Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima/ pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup, dan kata laluan.
  • Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.

Dokumen Diperlukan Tuntutan Berkaitan COVID-19

KategoriDokumen Yang Diperlukan untuk Penghantaran Tuntutan
Positif menghidap COVID-19Nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis;Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat KuarantinSurat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia;Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia di kediaman sendiriSurat perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia;Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan

Pemakluman Kelayakan Automatik

  • Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.
  • Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Tujuan Penubuhan Skim mySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Senarai 45 Penyakit Kritikal

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS Dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
  45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Maklumat Lanjut

Bagi penerima manfaat mySalam, maklumat lanjut boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

Anda juga boleh e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk mySalam terdekat.

Wilayah Persekutuan

  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Ampang
  3. Hospital Putrajaya
  4. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  5. Institut Kanser Negara (IKN)

Selangor

  1. Hospital Selayang
  2. Hospital Kajang
  3. Hospital Serdang
  4. Hospital Sg. Buloh
  5. Hospital Kuala Kubu Bahru
  6. Hospital Banting
  7. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  8. Hospital Tanjung Karang
  9. Hospital Sabak Bernam
  10. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Perak

  1. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  2. Hospital Seri Manjung, Manjung

Pulau Pinang

  1. Hospital Umum Pulau Pinang
  2. Hospital Seberang Jaya
  3. Hospital Bukit Mertajam

Kedah

  1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  2. Hospital Kulim

Perlis

  1. Hospital Tuanku Fauziah

Kelantan

  1. Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  2. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

Terengganu

  1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  2. Hospital Besut

Pahang

  1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Johor

  1. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  2. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
  3. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Sarawak

  1. Hospital Umum Kuching
  2. Hospital Sibu
  3. Hospital Bintulu

Sabah

  1. Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
  2. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
  3. Hospital Duchess of Kent, Sandakan